Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian meliputi lebih 140,000 barangan asas dalam 15 kategori di lebih 13,000 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Ucapan Belanjawan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober 2025 telah mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 yang boleh dibelanjakan mulai 9Febuari 2026 hingga 31 Disember 2026 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Sebagai contoh:
Sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400 dan bukannya hanya RM100.
Nota: Kelayakan sedia ada serta one-off Penghargaan SARA ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2026.
Bagi penerima SARA sedia ada STR, pengkreditan kelayakan Februaru 2026 SARA sedia ada ke dalam MyKad akan diterima pada awal Febuari 2026 manakala tambahan one-off sebanyak RM100 pula akan dikreditkan pada 9Febuari 2026.
Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
Beras
Makanan Dalam Tin
i. Contoh: Sardin, Tuna
Telur
Minuman
i. Contoh: Susu, Teh, Kopi
Minyak Masak
Bahan Perasa
i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam
Tepung
Produk Penjagaan Diri
i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun
Roti
Barangan Kebersihan Rumah
i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai
Biskut
Ubat-ubatan
i. yang diluluskan oleh KKM
Mi Segera
Keperluan sekolah
i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis
Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Tukar Nombor Pin
Penerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Semakan baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih Foundation
Senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih Foundation
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.Pembayaran STR adalah seperti berikut:FasaKaedah PembayaranJenis PenerimaTarikh Pembayaran Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 20 Januari 2026 secara berperingkatTiada Akaun Bank Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) Fasa 2Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 10 Mac 2026 secara berperingkatPenerima baharu rayuanMulai 30 Mac 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026Fasa 3Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkatPenerima baharu rayuanMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)Nota: Tuntutan tunai hanya boleh dibuat pada hari bekerja BSN di setiap negeri. Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa Perhatian: i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyatyang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026. Baki kredit SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya.Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:15 Kategori Barangan yang DiluluskanBerasBeras Perang/ Beras Pulut/ Beras Putih TempatanTelurTelur Ayam/ Teluk Itik/ Telur Masin/ Telur PuyuhMakanan Dalam TinAyam Dalam Tin/ Buah-Buahan Dalam Tin (Buah Koktail/ Jagung)/ Cili Dalam Tin/ Daging Lembu Dalam Tin/ Makanan Laut Dalam Tin (Sardin/ Tuna)/ Itik Dalam Tin/ Kacang Dalam Tin/ Sayur-Sayuran Dalam Tin/ Sup Dalam TinRotiJem dan SapuanMinyak MasakMinyak Bunga Matahari/ Minyak Canola/ Minyak Kacang Soya/ Minyak Kelapa/ Minyak Kelapa Sawit/ Minyak Sapi/ Minyak Sayur Campuran Produk penjagaan diriBedak/ Berus Gigi/ Deodoran/ Lampin Dewasa/ Lampin Bayi/ Krim Pencukur/ Pencuci Muka/ Pencuci Wanita/ Pisau Cukur/ Bilah Pencukur/ Produk Mandian Bayi/ Putik Kapas/ Sabun/ Gel Mandian/ Sabun Pencuci Tangan/ Syampu/ Perapi Rambut/ Tisu Basah/ Tuala Wanita/ Ubat Gigi/ Ubat KumurBiskutMinumanAir Minuman/ Jus/ Kordial/ Kopi/ Teh/ Krimer Sejat/ Krimer Serbuk/ Minuman Bijiran/ Minuman Malt/ Susu Formula Bayi/ Susu Pekat/ Susu Segar/ UHT (Asli/ Berperisa)/ Yogurt (Asli/ Berperisa)Keperluan sekolahAlat Tulis (Pen/ Pensel/ Pembaris/ Pemadam/ Pengasah Pensil)/ Bahan-Bahan Seni Kraf/ Beg Sekolah/ Bekas Makanan/ Bekas Pensel/ Berus Lukisan/ Botol Air Minuman/ Buku/ Buku Latihan/ Buku Nota/ Cecair Pembetulan/ Pita Pembetulan/ Fail/ Beg Dokumen/ Gam/ Gunting/ Pemotong/ Kad Manila/ Kalkulator/ Kasut/ Stokin Sekolah/ Kertas/ Kertas Inkjet/ Kadbod/ Kertas Kajang/ Kertas Karbon/ Kertas Surih/ Kertas Warna/ Kertas Seni/ Klip Pengikat/ Klip Kertas/ Krayon/ Nota Pelekat/ Pakaian Seragam Sekolah/ Pakaian Sukan Sekolah/ Papan Beralun/ Pastel Minyak/ Cat Air/ Pen Khat/ Pen Papan Putih/ Penanda Warna/ Pensel Warna/ Pita Pelekat/ Pemegang Pita Pelekat/ Sampul Surat/ Set Geometri/ Stapler/ Tabung Duit SyilingTepungSerbuk Penaik/ Serbuk Soda Bikarbonat/ Tepung Beras/ Tepung Gandum/ Tepung Gandum Serbaguna/ Tepung Goreng/ Tepung Jagung/ Tepung Kanji/ Tepung Kastard/ Tepung Kelapa/ Tepung Naik Sendiri/ Tepung Pulut/ Tepung Roti/ Tepung Sagu/ Tepung Suji/ Tepung Ubi Kayu/ YisBahan perasaCuka/ Garam/ Gula/ Esen/ Kastard/ Kerisik/ Kicap (Manis/ Masin)/ Krim/ Mayonis/ Mentega/ Marjerin/ Minyak Bawang Merah/ Minyak Bawang Putih/ Minyak Bijan/ Minyak Biji Sawit/ Minyak Cili/ Minyak Halia/ Minyak Lada/ Pek Sup Herba/ Pes Cili/ Rempah/ Santan/ Serbuk Kari/ Serbuk Agar-Agar/ Serbuk Koko/ Cip Coklat/ Sos (BBQ/ Cili/ Tomato)/ Sos Perasa (Sos-Sos Sayuran/ Ikan/ Tiram)Ubat-Ubatan Di KauterMinyak Angin/ Balsam/ Minyak Herba/ Ubat Sapu/ Plaster/ Kain Pembalut/ Ubat Oral/ Ubat Tampalan/ Ubat Titis MataMiMi (Mi Kuning/ Kuetiau/ Mihun)/ Mi Segera/ PastaMakanan Sejuk BekuAyam/ Burung Puyuh/ Itik/ Ayam Bersalut Tepung/ Burger/ Daging/ Hidangan Sedia Dimakan/ Ikan/ Makanan Laut/ Makanan Sejuk Beku Vegetarian (Samosa/ Popia/ Pau)/ Makanan Sedia Dimakan/ Nuget/ Bebola Daging/ Sayuran Sejuk Beku/ SosajBarangan kebersihan kelengkapan rumahPencuci Serbaguna (Lantai/ Kaca/ Tandas/ Dapur)/ Bahan Pencuci/ Pelembut Pakaian/ Peluntur Pakaian/ Semburan Fabrik/ Cecair Pembasmi Kuman/ Sabun Pencuci PingganLangkah-langkah membeli barangan:Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda hargaTunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuanImbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkanBayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelianSimpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelianSemakan baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasihSenarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasihUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SARA