Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 16/09/2026

  • Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

  • Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Fasa

Kaedah Pembayaran

Jenis Penerima

Tarikh Pembayaran 

Fasa 1

Ada Akaun Bank Mulai 20 Januari 2026 secara berperingkat
Tiada Akaun Bank Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026
Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) 

Fasa 2

Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 10 Mac 2026 secara berperingkat
Penerima baharu rayuanMulai 30 Mac 2026 secara berperingkat
Tiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026
Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026
Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026
Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026

Fasa 3

Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkat
Penerima baharu rayuanMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkat
Tiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026
Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026
Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)
Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)

Nota: Tuntutan tunai hanya boleh dibuat pada hari bekerja BSN di setiap negeri. Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa

 

Perhatian: 

i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda