Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 16/09/2026

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat
    yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026. Baki kredit SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
  • Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:

15 Kategori Barangan yang Diluluskan

Beras

Beras Perang/ Beras Pulut/ Beras Putih Tempatan

Telur

Telur Ayam/ Teluk Itik/ Telur Masin/ Telur Puyuh

Makanan Dalam Tin

Ayam Dalam Tin/ Buah-Buahan Dalam Tin (Buah Koktail/ Jagung)/ Cili Dalam Tin/ Daging Lembu Dalam Tin/ Makanan Laut Dalam Tin (Sardin/ Tuna)/ Itik Dalam Tin/ Kacang Dalam Tin/ Sayur-Sayuran Dalam Tin/ Sup Dalam Tin

Roti

Jem dan Sapuan

Minyak Masak

Minyak Bunga Matahari/ Minyak Canola/ Minyak Kacang Soya/ Minyak Kelapa/ Minyak Kelapa Sawit/ Minyak Sapi/ Minyak Sayur Campuran

 

Produk penjagaan diri

Bedak/ Berus Gigi/ Deodoran/ Lampin Dewasa/ Lampin Bayi/ Krim Pencukur/ Pencuci Muka/ Pencuci Wanita/ Pisau Cukur/ Bilah Pencukur/ Produk Mandian Bayi/ Putik Kapas/ Sabun/ Gel Mandian/ Sabun Pencuci Tangan/ Syampu/ Perapi Rambut/ Tisu Basah/ Tuala Wanita/ Ubat Gigi/ Ubat Kumur

Biskut

Minuman

Air Minuman/ Jus/ Kordial/ Kopi/ Teh/ Krimer Sejat/ Krimer Serbuk/ Minuman Bijiran/ Minuman Malt/ Susu Formula Bayi/ Susu Pekat/ Susu Segar/ UHT (Asli/ Berperisa)/ Yogurt (Asli/ Berperisa)

Keperluan sekolah

Alat Tulis (Pen/ Pensel/ Pembaris/ Pemadam/ Pengasah Pensil)/ Bahan-Bahan Seni Kraf/ Beg Sekolah/ Bekas Makanan/ Bekas Pensel/ Berus Lukisan/ Botol Air Minuman/ Buku/ Buku Latihan/ Buku Nota/ Cecair Pembetulan/ Pita Pembetulan/ Fail/ Beg Dokumen/ Gam/ Gunting/ Pemotong/ Kad Manila/ Kalkulator/ Kasut/ Stokin Sekolah/ Kertas/ Kertas Inkjet/ Kadbod/ Kertas Kajang/ Kertas Karbon/ Kertas Surih/ Kertas Warna/ Kertas Seni/ Klip Pengikat/ Klip Kertas/ Krayon/ Nota Pelekat/ Pakaian Seragam Sekolah/ Pakaian Sukan Sekolah/ Papan Beralun/ Pastel Minyak/ Cat Air/ Pen Khat/ Pen Papan Putih/ Penanda Warna/ Pensel Warna/ Pita Pelekat/ Pemegang Pita Pelekat/ Sampul Surat/ Set Geometri/ Stapler/ Tabung Duit Syiling

Tepung

Serbuk Penaik/ Serbuk Soda Bikarbonat/ Tepung Beras/ Tepung Gandum/ Tepung Gandum Serbaguna/ Tepung Goreng/ Tepung Jagung/ Tepung Kanji/ Tepung Kastard/ Tepung Kelapa/ Tepung Naik Sendiri/ Tepung Pulut/ Tepung Roti/ Tepung Sagu/ Tepung Suji/ Tepung Ubi Kayu/ Yis

Bahan perasa

Cuka/ Garam/ Gula/ Esen/ Kastard/ Kerisik/ Kicap (Manis/ Masin)/ Krim/ Mayonis/ Mentega/ Marjerin/ Minyak Bawang Merah/ Minyak Bawang Putih/ Minyak Bijan/ Minyak Biji Sawit/ Minyak Cili/ Minyak Halia/ Minyak Lada/ Pek Sup Herba/ Pes Cili/ Rempah/ Santan/ Serbuk Kari/ Serbuk Agar-Agar/ Serbuk Koko/ Cip Coklat/ Sos (BBQ/ Cili/ Tomato)/ Sos Perasa (Sos-Sos Sayuran/ Ikan/ Tiram)

Ubat-Ubatan Di Kauter

Minyak Angin/ Balsam/ Minyak Herba/ Ubat Sapu/ Plaster/ Kain Pembalut/ Ubat Oral/ Ubat Tampalan/ Ubat Titis Mata

Mi

Mi (Mi Kuning/ Kuetiau/ Mihun)/ Mi Segera/ Pasta

Makanan Sejuk Beku

Ayam/ Burung Puyuh/ Itik/ Ayam Bersalut Tepung/ Burger/ Daging/ Hidangan Sedia Dimakan/ Ikan/ Makanan Laut/ Makanan Sejuk Beku Vegetarian (Samosa/ Popia/ Pau)/ Makanan Sedia Dimakan/ Nuget/ Bebola Daging/ Sayuran Sejuk Beku/ Sosaj

Barangan kebersihan kelengkapan rumah

Pencuci Serbaguna (Lantai/ Kaca/ Tandas/ Dapur)/ Bahan Pencuci/ Pelembut Pakaian/ Peluntur Pakaian/ Semburan Fabrik/ Cecair Pembasmi Kuman/ Sabun Pencuci Pinggan

  • Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) & MyKasih
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

03-8882-4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.Pembayaran STR adalah seperti berikut:FasaKaedah PembayaranJenis PenerimaTarikh Pembayaran Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 20 Januari 2026 secara berperingkatTiada Akaun Bank Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) Fasa 2Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 10 Mac 2026 secara berperingkatPenerima baharu rayuanMulai 30 Mac 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2026Fasa 3Ada Akaun BankPenerima sedia adaMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkatPenerima baharu rayuanMulai 15 Ogos 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankPenerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Penerima sedia adaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)Penerima baharu rayuanTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 16 Ogos 2026 (Hanya terpakai kepada pemohon yang tidak terllibat dalam Program Penunaian Pedalaman 2026 serta pemohon yang terlibat tetapi masih belum membuat tuntutan)Nota: Tuntutan tunai hanya boleh dibuat pada hari bekerja BSN di setiap negeri. Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa Perhatian: i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)