Penghargaan SARA: Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang Layak
Terakhir dikemas kini pada
06/08/2026
- Smbangan Asas Rahmah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian meliputi lebih 140,000 barangan asas dalam 15 kategori di lebih 13,000 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
- Ucapan Belanjawan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober 2025 telah mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 yang boleh dibelanjakan mulai 9 Febuari 2026 hingga 31 Disember 2026 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Sebagai contoh:
| Sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400 dan bukannya hanya RM100. |
Nota: Kelayakan sedia ada serta one-off Penghargaan SARA ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2026.
- Bagi penerima SARA sedia ada STR, pengkreditan kelayakan Februaru 2026 SARA sedia ada ke dalam MyKad akan diterima pada awal Febuari 2026 manakala tambahan one-off sebanyak RM100 pula akan dikreditkan pada 9 Febuari 2026.
- Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
| Makanan Dalam Tin i. Contoh: Sardin, Tuna
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
- Langkah-langkah membeli barangan:
| Pilih Barangan Keperluan | Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga |
| Tunjuk MyKad untuk Pengesahan | Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan |
| Tukar Nombor Pin | Penerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru |
| Imbas Kod Barangan | Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan |
| Bayar Menggunakan MyKad | Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian |
| Simpan Resit untuk Semakan | Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Nota: Tak boleh pindah milik dan baki yang tidak digunakan akan luput dan diagih semula kepada golongan rentan
- Semakan kelayakan Penghargaan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
| Kaedah Pemakluman | Keterangan |
| Semakan terus melalui portal rasmi | - Semakan boleh dilakukan melalui laman rasmi SARA
- Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima Penghargaan SARA RM100 one-off, sila kemukakan pertanyaan melalui e-mel [email protected]
|
| Hubungi | |
- Tiada permohonan diperlukan
- Sila rujuk video tutorial yang disediakan melalui saluran rasmi MyKasih Foundation
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.Pembayaran STR adalah seperti berikut:FasaKaedah PembayaranTarikh Pembayaran Fasa 1Ada Akaun BankMulai 20 Januari 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Fasa 2Mempunyai akaun bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank)Mulai 10 Mac 2026 (Penerima Sedia Ada) Mulai 30 Mac 2026 (Penerima Baharu) Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) - Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan NasionalNota: Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa Perhatian: i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:14 Kategori Barangan yang DiluluskanBerasTelurMakanan dalam tinContoh: Sardin, TunaRotiMinyak masakProduk penjagaan diriContoh: Ubat gigi, Tuala wanita, SabunBiskutMinumanContoh: Susu, Teh, KopiKeperluan sekolahContoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulisTepungBahan perasaUbat-ubatanMi segeraBarangan kebersihan kelengkapan rumahContoh: Sabun pencuci baju, Sabun pencuci pinggan mangkuk dan sabun pencuci lantaiLangkah-langkah membeli barangan:Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda hargaTunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuanImbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkanBayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelianSimpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelianSemakan baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasihSenarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasihUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SARA