Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/01/2026

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
  • 14 Kategori Barangan yang Diluluskan

    Beras

    Telur

    Makanan dalam tin

    Contoh: Sardin, Tuna

    Roti

    Minyak masak

    Produk penjagaan diri

    Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun

    Biskut

    Minuman

    Contoh: Susu, Teh, Kopi

    Keperluan sekolah

    Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

    Tepung

    Bahan perasa

    Ubat-ubatan

    Mi segera

    Barangan kebersihan kelengkapan rumah

    Contoh: Sabun pencuci baju, Sabun pencuci pinggan mangkuk dan sabun pencuci lantai

  • Langkah-langkah membeli barangan:
  • Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
    Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
    Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
    Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
    Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
  • Semakan baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih
  • Senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SARA
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) & MyKasih
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

03-8882-4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.Pembayaran STR adalah seperti berikut:FasaKaedah PembayaranTarikh Pembayaran Fasa 1Ada Akaun BankMulai 20 Januari 2026 secara berperingkatTiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)Nota: Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa Perhatian: i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)