Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 16/09/2026

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2026 bagi membantu keluarga, ibu bapa atau penjaga memastikan kanak-kanak yang memerlukan, termasuk yang tiada atau kehilangan penjaga, mendapat penjagaan yang sempurna, terus tinggal bersama keluarga serta terpelihara kelangsungan hidup, pertumbuhan dan perkembangan mereka, di samping memperkukuh institusi keluarga.
  • Kadar minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut:

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250 seorang

6 tahun dan ke bawah

RM200 seorang

7 tahun hingga di bawah 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Telipon

TELEFON

03-8000-8000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda