Terakhir dikemas kini pada 15/04/2026
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
i. Semakan status kemiskinan secara online.
ii. Penyelarasan maklumat bantuan.
iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Cara pengiraan Pendapatan Per Kapita dalam sistem eKasih:
i. Pendapatan Per Kapita:
ii. Contoh pengiraan:
Nota: Jika PGK semasa menetapkan RM300 ke bawah sebagai miskin tegar, maka isi rumah tersebut layak didaftarkan sebagai miskin tegar.
Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah memenuhi kriteria berikut:
i. Ketua Isi Rumah (KIR) Warganegara Malaysia;
ii. Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
iii. Butiran maklumat pemohon yang lengkap.

