Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 19/01/2026

  • Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

  • Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Fasa

Kaedah Pembayaran

Tarikh Pembayaran 

Fasa 1

Ada Akaun BankMulai 20 Januari 2026 secara berperingkat
Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026
Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)

Nota: Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa

 

Perhatian: 

i. Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

ii. Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda