Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Terakhir dikemas kini pada
17/09/2026
- Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu yang berpendapatan tidak tetap, bekerja sendiri, pekerja gig dan mereka yang mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji dan mempunyai keupayaan untuk membayar pinjaman
- Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.
PERKARA | PENERANGAN |
|---|
Tujuan Pembiayaan | |
Had Pembiayaan | Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA/ MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
|
Jenis Pembiayaan | |
Tempoh Pembiayaan | |
Jaminan Pembiayaan | Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi: i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA* / MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
|
Kadar Faedah / Keuntungan | |
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
ii. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru, rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami
iii. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman permohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
iv. Tidak rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
v. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
- Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli/ resit bayaran tempahan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti di bawah:
| Kediaman | - Perjanjian Jual Beli asal/ borang tempahan/ resit bayaran tempahan
|
| Bukti Pendapatan (mana-mana yang berikut) | - 6 bulan penyata akaun bank atau deposit terkini
- 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata akaun bank
- Penyata Cukai Pendapatan/ KWSP terkini
- Surat Pengesahan Pendapatan
|
| Dokumen Sokongan Lain | - Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada)
- Lesen Perniagaan; atau Kad Pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (mana yang berkenaan)
- Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu/ Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
|
Nota: Sila memohon pembiayaan perumahan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan terlibat
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibelSkim ini menyasarkan golongan seperti: i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gajiPERKARA PENERANGAN Tujuan Pembiayaan Pembelian rumah pertamaHad Pembiayaan Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT* / LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) Jenis Pembiayaan Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -iTempoh Pembiayaan Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) Jaminan Pembiayaan Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, *MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) Kadar Faedah / Keuntungan Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful**LTHO: Long Term House owner's Takaful Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau rujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)