Terakhir dikemas kini pada 16/09/2026
Tarikh Kematian | Fasa Kelulusan | Tarikh Tuntutan |
| 1 Januari 2026 - 31 December 2026 | Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1 | Bermula 1 Februari 2026 |
| Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 2 | Bermula 7 April 2026 | |
| Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 3 | Bermula 16 Ogos 2026 (tertakluk hari bekerja setiap negeri) | |
| Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 4 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Syarat Kelayakan:
i. SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2026 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2026 adalah seperti berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu
iii. Bapa
iv. Adik-Beradik
v. Cucu
iv. Anak (Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat)
Bil. | Kategori | Individu Meninggal Dunia | Kelulusan STR 2026 | Tarikh Kematian | Kelayakan SKK |
1. | Kahwin (bukan warga emas) | Pemohon | Lulus Permohonan STR 2026 | 01 Januari 2026 hingga 31 December 2026 | Layak |
Pasangan (Warganegara) | |||||
2. | Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (bukan warga emas) yang mempunyai anak | Pemohon | |||
3. | Warga Emas Isi Rumah / Bujang / Tiada Pasangan | Pemohon | |||
Pasangan (Warganegara) |
Nota: Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan di luar negara tidak layak untuk menerima STR 2026.
Dokumen yang perlu dibawa (oleh waris yang didaftarkan) semasa tuntutan SKK di BSN adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
Tempoh masa Surat Pengesahan:
a. Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
b. Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mestilah tahun semasa atau tidak melebihi 1 tahun dari tarikh surat dikeluarkan.