Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
Terakhir dikemas kini pada
08/10/2025
- Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar melalui bantuan perumahan untuk menyediakan kediaman yang lebih selesa, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam konteks kemakmuran bersama.
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Purata nilai PGK terkini mengikut negeri adalah seperti yang berikut:
Negeri | PGK 2019 (RM) |
Malaysia | 2,208 |
Johor | 2,505 |
Kedah | 2,254 |
Kelantan | 2,139 |
Melaka | 2,375 |
Negeri Sembilan | 2,088 |
Pahang | 2,270 |
Pulau Pinang | 1,989 |
Perak | 2,077 |
Perlis | 1,967 |
Selangor | 2,022 |
Terengganu | 2,507 |
Sabah | 2,537 |
Sarawak | 2,131 |
W.P. Kuala Lumpur | 2,216 |
W.P. Labuan | 2,633 |
W.P Putrajaya | 2,128 |
- Program-program bawah PPKB:
Program | Keterangan |
Program Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar | - Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
- Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM13,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
|
Projek Rumah Sejahtera | - Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
- Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
|
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) | - Untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan / mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
Skop latihan bagi Program PEKB: i. Program Pembangunan Minda Insan; ii. Program Latihan Kemahiran; iii. Program Celik Kewangan; iv Program Bina Upaya; dan v. Program Promosi dan Pemasaran.
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Syarat Kelayakan:
i. Isi rumah golongan B40 yang berstatus warganegara Malaysia
ii. Status kemiskinan mesti disahkan melalui Sistem eKasih, Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan peringkat negeri atau daerah, atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
- Syarat kelayakan mengikut program-program PPKB:
Program | Kelayakan |
Program Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar | - Warganegara Malaysia;
- KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT;
- KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
- Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
- Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut; dan
- Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.
|
Projek Rumah Sejahtera | - Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR) menetap di dalam kawasan operasi PBT;
- Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih;
- Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah dan satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan;
- Rumah yang didiami tidak lagi selamat untuk didiami disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
- Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah; dan
- Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah / waris berkenaan untuk membina rumah atas tanah / tapak yang dikenalpasti (Borang PPKB 4B).
|
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) | - Warganegara Malaysia;
- Golongan Pendapatan B40; dan
- KIR / AIR yang berdaftar dan telah disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih. Julat umur yang dibenarkan bagi setiap peserta adalah dari 18 hingga 60 tahun. Walau bagaimanapun, bagi AIR yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT adalah tidak layak untuk menyertai program ini.
|
- Pemohon mesti berdaftar dalam Sistem eKasih dan disahkan status kemiskinan di dalam sistem tersebut.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda