Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2026

  • Penyelarasan Harga Lantai Belian Padi merupakan inisiatif Kerajaan bagi memperkukuh industri padi negara, meningkatkan pendapatan pesawah dan memastikan bekalan beras tempatan kekal mencukupi.
  • Bermula 16 Februari 2025, Harga Lantai Belian Padi diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik. Pada masa yang sama, harga Beras Putih Tempatan (BPT) dikekalkan pada RM2.60 sekilogram melalui penyerapan sebahagian kos oleh Kerajaan.
  • Penyelarasan ini mengambil kira kos pengeluaran padi, pergerakan harga beras dunia, serta keseimbangan antara kepentingan pesawah, pengguna dan industri beras. Kerajaan akan terus memantau keadaan semasa dan menilai keperluan penyelarasan dari semasa ke semasa.
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda