Terakhir dikemas kini pada 17/09/2026
Perkara | Semenanjung Malaysia | Pulau di Semenanjung Malaysia | Sabah/ Sarawak/ Labuan |
| Kaedah permohonan |
| ||
| Konsep |
| ||
| Keluasan Rumah |
|
|
|
| Keluasan Tanah (tertakluk kepada rekabentuk) |
|
|
|
| Harga |
|
|
|
| Subsidi (pembinaan) |
| ||
| Jumlah Pinjaman |
| ||
| Anggaran bayaran bulanan | |||
| Kaedah pembiayaan |
| ||
| Dokumen perjanjian dan sekuriti |
| ||
| Pelaksanaan pembinaan |
| ||
| Tempoh bayaran bulan |
| ||
| Jumlah bayaran bulanan |
| ||
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia. ii. Pemohon mestilah berumur 18tahun ke atas (jika melebihi 43 tahun, pemohon bersama diperlukan). iii. Pendapatan bulanan seisi rumah RM750-RM5,000. iv. Pemohon dan pasangan (jika ada) tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/ tidak sempurna. v. Berkahwin atau bujang (Belum berkahwin / ibu/bapa tunggal/balu, janda/duda) vi. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. vii. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk) viii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. |
Nota:
i. Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
ii. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Langkah 1: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Tekan butang permohonan. Langkah 2: Klik pendaftaran baru (Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap) Langkah 3: Penerimaan login ID dan kata laluan (Kata laluan akan dihantar kepada pemohon) Langkah 4: Log masuk ke laman utama (Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR) Langkah 5: Melengkapkan borang online (Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang) Langkah 6: Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (Majukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan) Langkah 7: Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB (Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan)
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian. |
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan) iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua* vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang* vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah viii. Salinan sijil nikah pemohon xi. Borang laporan tapak bergambar |
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.