Terakhir dikemas kini pada 09/09/2025
Kad ini boleh digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti:
i. Pasaraya
ii. Pakaian
iii. Makanan dan minuman
iv. Perjalanan dan penginapan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kad Pekerja MADANI
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut
iii. Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi Kad Pekerja MADANI. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
i. Sila layari laman rasmi Kad Pekerja Madani
ii. Klik butang "Daftar Akaun" di bahagian atas skrin.
iii. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan
Nota: Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Ibu Pejabat atau Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri berhampiran