National Training Week (NTW) 2025
Terakhir dikemas kini pada
23/09/2025
- National Training Week (NTW) 2025 merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Jun 2025 dengan tema "Learning Beyond Borders" dan untuk pertama kalinya, NTW dibuka kepada semua warganegara ASEAN, menawarkan lebih 65,000 peluang latihan percuma di seluruh negara dan dalam talian
- Program ini bertujuan untuk memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran dalam kalangan rakyat Malaysia serta negara-negara ASEAN.
- Tumpuan dan Bidang Utama:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi National Training Week (NTW) atau rujuk Manual Pengguna
- Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia: Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur atau latar belakang.
- Warganegara ASEAN: NTW 2025 dibuka kepada semua warganegara ASEAN, selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan pelaksanaan ASEAN Year of Skills (AYOS) 2025.
Individu | Pemain Industri | Rakan Latihan dan Penyampaian |
- Kanak-kanak
- Pra-Sekolah
- Remaja
- Pelajar Universiti dan Golongan Belia
- Graduan
- Golongan Profesional
- Warga Emas
| - Majikan
- Persatuan Industri
- Dewan Perniagaan
| - Pembekal Platform Dalam Talian
- Jurulatih dan Penyedia Latihan
- Institusi Akademik
- Institusi Berasaskan Kemahiran
- Pusat Pembelajaran Fizikal
- Tadika dan Pusat Tuisyen
|
- Sebelum memohon, pemohon disarankan merujuk senarai kursus yang ditawarkan.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi NTW
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda