Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Terakhir dikemas kini pada
23/09/2025
- Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja gig dan peniaga kecil, untuk memiliki rumah sendiri.
- Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.
PERKARA | PENERANGAN |
---|
Tujuan Pembiayaan | |
Had Pembiayaan | Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
|
Jenis Pembiayaan | |
Tempoh Pembiayaan | |
Jaminan Pembiayaan | Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi: i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA* / MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
|
Kadar Faedah / Keuntungan | |
Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
ii. Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
iii. Kategori berpendapatan tetap
iv. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
v. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
vi. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
vii. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
viii. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

Dokumen yang diperlukan:
i. Perjanjian asal Jual Beli / borang tempahan / resit bayaran muka kediaman / rumah
ii. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
iii. Cukai Pendapatan / Penyata KWSP Terkini
iv. Surat pengesahan pekerjaan
v. Salinan Kad Pengenalan pemohon
vi. Surat Pengesahan (jika ada)
vii. Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
viii. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibelSkim ini menyasarkan golongan seperti: i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gajiPERKARA PENERANGAN Tujuan Pembiayaan Pembelian rumah pertamaHad Pembiayaan Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT* / LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) Jenis Pembiayaan Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -iTempoh Pembiayaan Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) Jaminan Pembiayaan Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, *MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) Kadar Faedah / Keuntungan Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful**LTHO: Long Term House owner's Takaful Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau rujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)