BUDI MADANI - BUDI MySubsidi Diesel
Terakhir dikemas kini pada
25/09/2025
- Program BUDI MySubsidi Diesel atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bagi menyalurkan subsidi diesel secara bersasar kepada pemilik kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak.
- Melalui platform MySubsidi Diesel, permohonan boleh dibuat secara dalam talian untuk memastikan hanya kenderaan yang didaftarkan dan diluluskan mendapat manfaat subsidi.
- Pelaksanaan ini bertujuan meningkatkan ketelusan, mengurangkan ketirisan, serta menjamin kebajikan golongan sasaran yang bergantung kepada penggunaan diesel dalam operasi harian mereka.
- Antara syarikat minyak yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BUDI MADANI MYSUBSIDI
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Petrol dan Subsidi Diesel:
i. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.
ii. Kenderaan yang layak memohon petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
iii. 'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
iv. Kesemua syarikat / individu yang mendapat kelayakan membeli petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Jumlah petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
- Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
- Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas
v. Permohonan Baru / Pertukaran Syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat / individu dengan melayari laman rasmi BUDI MADANI MYSUBSIDI
Nota: Permohonan hanya boleh dibuat selepas 7 hari pendaftaran kenderaan dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Jenis kenderaan pengangkutan yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS):
SKDS 1.0 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Awam layak mendapat subsidi | - Bas Sekolah
- Bas Ekspres
- Bas Berhenti-henti
- Bas Mini
- Bas Pengantara
- Kereta Sewa
- Teksi
- Van Mayat / Lori Mayat
- Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
- Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
|
SKDS 2.0 (Fasa I) Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi | - Lori Rigid - Kargo Am
- Lori Rigid - Minuman Botol
- Lori Rigid - Refrigerated
- Lori Rigid - Luton / Kotak
- Penggerak Utama / Articulated Vegicle
- Lori Tangki Rigid - Air
- Lori Tangki Rigid - Tepung
- Window Van
- Panel Van
|
SKDS 2.0 (Fasa II) Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi | - Lori Rigid - Curtainsider
- Lori Rigid - Hasil Pertanian
- Lori Rigid - Kandang Haiwan
- Lori Rigid - Kombinasi
- Lori Rigid - Open Platform
- Bas Food Catering
- Van Food Catering
- Lori Food Catering
- Lori Tangki Rigid - Minuman
- Semi - Panel Van
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Van Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid - Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid - Sampah
|
- Bagi pengguna awam, sila rujuk Manual Pengguna Awam. Pastikan anda telah membaca bahagian Pengenalan, Cara Memohon dan Syarat Kelayakan yang berkaitan sebelum mengisi Borang Permohonan dalam talian
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim di bawah:
i. Berkenaan dengan kelulusan kelayakan Petrol (SKPS) Bersubsidi
ii. Berkenaan dengan kelulusan Diesel (SKDS) Bersubsidi
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda