Terakhir dikemas kini pada 24/09/2025
Pakej Kambing Pedaging | Pakej Bebiri Pedaging |
Induk Kambing pedaging kacukan | Induk bebiri pedaging kacukan |
Pejantan kambing pedaging kacukan | Pejantan bebiri pedaging kacukan |
Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan) | Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan) |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Syarat Kelayakan:
i. Pendaftaran ID premis: Pemohon mestilah penternak yang berdaftar dengan E-Vet Permit dan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah sekurang-kurangnya sebelum 30 Januari 2023.
ii. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
iii. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminan kecil sekurang-kurangnya tiga tahun.
iv. Dibimbing dalam Program Pengembangan Veterinar (PPV) sekurang-kurangnya bermula pada tahun 2023.
v. Kadar kelahiran ternakan pemohon hendaklah ≥100% pada tahun 2024.
vi. Pemohon mempunyai kawasan menternak yang kekal dan kemudahan asas yang sesuai.
vii. Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.
viii. Pemohon berupaya untuk melaksanakan projek dan menguruskan dengan baik. ix. Pemohon yang berjaya perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh DVS sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
x. Ladang ternakan pemohon mempunyai program kesihatan dengan DVS Negeri/VetEC.
xi. Pemohon yang berjaya bersetuju memberi kerjasama dalam Program Pengembangan Veterinar Kerajaan bagi menjalankan aktiviti penternakan di bawah PPV.
xii. Tidak pernah menerima bantuan yang sama atau setara daripada mana-mana Agensi/Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (2021/2024/2025).
Nota: Seorang penternak hanya akan diluluskan satu jenis pakej sahaja
Dokumen sokongan:
i. Salinan pendaftaran premis
ii. Rekod pengalaman menternak
iii. Surat pemilikan kawasan ternakan, dan
iv. Rekod kadar kelahiran ternakan perlu disertakan semasa permohonan.