Terakhir dikemas kini pada 23/09/2025
Subsidi Yuran Pengasuhan Taska sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak diberikan bagi meringankan beban penjawat awam yang menghantar anak ke Taska. Pembayaran subsidi ini disalurkan terus kepada pengusaha Taska oleh agensi tempat pegawai berkhidmat.
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam turut dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan. Sekiranya yuran Taska melebihi RM180.00 sebulan bagi seorang anak, baki perbezaan tersebut hendaklah ditanggung oleh pegawai berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2023
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
|
Sila muat turun Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska (Lampiran A)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim