Insentif Geran Padanan Ikhsan (GAPAI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/10/2025

  • Geran Padanan Ihsan (GAPAI) merupakan perluasan skop pemberian Geran Sepadan Masuk IPT Simpan SSPN Prime. Melalui inisiatif GAPAI yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000 akan layak mendapat GAPAI. 
  • Pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000 boleh menikmati geran padanan sehingga RM5,000 satu keluarga atas simpanan dalam Simpan SSPN Prime, manakala Geran Sepadan sehingga RM10,000 akan terus dinikmati oleh pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah, atas simpanan dalam Simpan SSPN Prime.
  • Inisiatif GAPAI hanya boleh dinikmati bagi permohonan geran padanan dalam tempoh bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026
  • Permohonan geran padanan GAPAI boleh dibuat bermula 1 Januari 2025 pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran padanan bagi akaun Simpan SSPN Prime yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Telipon

TELEFON

03-2193-3000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda