Program Celik MADANI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 08/09/2025

  • Program Celik MADANI  merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dibawah Belanjawan 2025 untuk memberi pendedahan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Kolej Vokasional tentang pelaburan, risiko berkaitan pelaburan dan cadangan pelaburan yang sesuai kepada para pelajar. 
  • ASNB juga memberikan RM50 unit amanah percuma kepada pelajar Semester 1 sebagai pelaburan permulaan/ tambahan untuk menggalakkan pelajar memulakan pelaburan dari usia muda.
  • Setiap pelajar hanya layak untuk menerima insentif RM50 untuk program Celik MADANI ini SEKALI sahaja walaupon pelajar tersebut berpindah dari univerisiti A ke universiti B
  • Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda boleh membuka akaun unit amanah di cawangan ASNB atau ejen ASNB berdekatan. Anda perlu mempunyai sijil kelahiran/ mykad yang sah serta mykad Penjaga Berdaftar (ibubapa/penjaga) warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelajar dan penjaga berdaftar perlu hadir.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Rasmi Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda