Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/09/2025

  • Program TVET-Tahfiz merupakan program penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dalam melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan graduan juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan tanpa mengabaikan hafazan al-Quran. Program TVET-Tahfiz menawarkan program diploma TVET dalam pelbagai bidang dan aktiviti hafazan secara serentak di 4 buah KKTM dan IKM yang terpilih.
  • Kemasukan pelajar TANPA SPM WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana seperti berikut:

i. IKM Jasin, Melaka:

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Automotif Komersial sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Muhammad Azlin Bin Ithnain di talian 017-263-9154

ii. IKM Besut, Terengganu:

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Nor Hesham Bin Mat Jusoh di talian 016-430-6825

iii. IKM Lumut, Perak:

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kompetensi Kimpalan sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Mohammad Faris Zufairy Bin Mazlan di talian 013-783-6413
  • Kemasukan pelajar DENGAN SPM TIDAK WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana

i. KKTM Ledang, Johor:

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
  • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
  • Untuk maklumat lanjut mengenai ProgramDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) sila rujuk laman rasmi TVET MARA

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

GiatMARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda