Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja merupakan skim perlindungan sosial yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menyediakan bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengalami Bencana Kerja. 
  • Mulai tahun 2025, skim ini telah ditambah baik dengan meliputi aspek-aspek seperti: 

i. Pewujudan bayaran bagi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi

ii. Kes kematian akibat bencana kerja

iii. Kadar elaun layanan sentiasa

iv. Pewujudan bayaran hilang upaya sementara

v. Peluasan skop liputan.

  • Faedah yang disediakan di bawah Skim ini adalah seperti yang berikut:

Faedah Kematian

 

i. Faedah bagi kes kematian adalah berkuat kuasa sehari selepas tarikh kematian Pegawai.

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex-Gratia Waris Pukal (EXWP)
  • Bayaran secara pukal sebanyak RM20,000.00 kepada Waris yang layak dan dibahagikan secara sama rata; dan
  • Kelayakan Anak bagi tujuan bayaran faedah ini adalah seperti yang berikut:

    i. Anak berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin pada tarikh kematian Pegawai;

    ii. Anak berumur melebihi 21 tahun dan belum berkahwin yang masih dalam pengajian di peringkat sehingga ijazah pertama; atau

    iii. Anak yang disahkan sebagai Orang Kurang Upaya dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri.

  • Berkuat kuasa bagi kes kematian yang berlaku mulai 1 Januari 2024.
Bayaran Ex-Gratia Waris Bulanan (EXWB)
  • Bayaran secara bulanan kepada Waris mengikut kelayakan seperti yang berikut:

    i. Balu / duda dibayar sehingga meninggal dunia;

    ii. Anak dibayar sekiranya belum berkahwin pada tarikh kematian Pegawai sehingga:

    • Berumur genap 21 tahun atau berkahwin, yang mana lebih awal; atau
    • Tamat ijazah pertama sekiranya masih belajar termasuklah Anak yang berumur melebihi 21 tahun dan disahkan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dengan syarat pengajian tersebut bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh beliau menamatkan pengajian di peringkat sebelumnya. Bayaran akan disambung semula berkuatkuasa dari tarikh beliau menyambung pengajian;

    iii. Anak yang disahkan sebagai Orang Kurang Upaya dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri dibayar selagi tidak berupaya menyara kehidupannya; dan

    iv. Ibu bapa menerima bayaran sehingga meninggal dunia, jika tiada balu/duda dan anak.

  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.

Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)

 

i. Faedah bagi kes HUK adalah berkuat kuasa mulai tarikh bencana.

ii. Bagi pegawai lantikan tetap sebelum 1 Januari 2001 yang mengalami HUK akibat dari Bencana Kerja sehingga dibersarakan atas sebab kesihatan boleh memilih bayaran faedah bersamaan 72 kali ganda gaji pokok semasa bencana.

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex Gratia Pukal (EXP)
  • Bayaran secara pukal kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK; dan
  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B. 
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.
Bayaran Ex Gratia Bulanan (EXB)
  • Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran melebihi 20% sehingga meninggal dunia; dan
  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.
Bayaran Ex Gratia Operasi (EXO)
  • Bayaran secara pukal sehingga RM50,000.00 bagi setiap kes kepada Pegawai yang mengalami HUK ketika melaksanakan tugastugas yang berikut:

    i. Tugas operasi keselamatan dan penguatkuasaan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan

    ii. Latihan intensif berisiko tinggi.

  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B. 
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2024.
Bayaran Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran sebanyak 100% dan diperakukan Lembaga Perubatan sebagai sentiasa memerlukan layanan tersendiri daripada orang lain sehingga meninggal dunia;
  • Kadar ELS dan tarikh kuat kuasa kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B; dan
  • Pembayaran ELS atas kadar tetap sebanyak RM1,500,00 mulai 1 Januari 2025 turut dipanjangkan kepada penerima ELS yang mengalami bencana sebelum 1 Januari 2025.

Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)

 

i. Faedah bagi kes HUS adalah berkuat kuasa mulai pegawai disahkan telah menggunakan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan (CSL);

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex Gratia Sementara (EXS)
  • Bayaran kepada Pegawai yang telah menggunakan kemudahan CSL selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.8 dan pindaannya yang berkuat kuasa kecuali Pegawai yang layak dipertimbangkan Cuti Kecederaan di bawah peruntukan Perintah Am 27 Bab C 1974;
  • Kadar bayaran sebanyak RM25.00/hari mengikut bilangan hari CSL yang telah digunakan; dan
  • Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
  • Syarat Am Bayaran:

i. Bayaran faedah Skim akan terhenti sehari selepas penerima bayaran faedah telah meninggal dunia atau didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana pada perenggan 8.2.

ii. Sekiranya Pegawai meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran faedah Skim akan dibuat kepada Warisnya secara sama rata berdasarkan tafsiran Pekeliling ini.

iii. Jika mana-mana Waris meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran yang patut diterima olehnya akan dibahagikan sama rata kepada Waris lain yang masih hidup.

  • Bencana Kerja yang berlaku dalam tempoh 20 Oktober 1994 hingga 31 Disember 2000 adalah tertakluk pada peraturan dalam PP WP 6.2.
  • Liputan Skim adalah berdasarkan tarikh berlakunya bencana seperti yang berikut:

Tarikh Bencana

Liputan Skim

Mulai 1 Januari 2001
  • Liputan Bencana Kerja:

    i. kemalangan yang berlaku di luar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi: 

    ii. Kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasiranasir jahat akibat tugas rasmi pegawai; dan

    iii. kemalangan yang berlaku:

    • Semasa dalam perjalanan lazim dan munasabah pergi dari tempat kediaman ke tempat bertugas dan sebaliknya;
    • Semasa dalam perjalanan pergi ke mana-mana tempat untuk bertugas rasmi / berkursus dan sebaliknya; dan
    • Semasa waktu rehat rasmi atau waktu rehat yang dibenarkan.

    iv. penyakit khidmat sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual 1, Lampiran A

  • Had maksimum Gaji RM2,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Julai 2015
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi: 

    i. Kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dari tempat kediaman ke pekan berdekatan dan sebaliknya untuk mendapatkan perkhidmatan dan keperluan asas harian, khusus bagi Pegawai yang disenaraikan layak untuk dibayar:

    • Bayaran Insentif Pedalaman; dan
    • Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan. 

    ii. Kemalangan semasa penyertaan dalam aktiviti sukan (termasuk perjalanan pergi / balik) di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian dan ibu pejabat jabatan.

  • Had maksimum Gaji RM3,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2020
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami oleh ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri jemputan ke program rasmi Kerajaan (termasuk perjalanan pergi / balik).
  • Had maksimum Gaji RM4,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2024
  • Liputan penyakit dan sektor pekerjaan/industri di bawah penyakit khidmat diperluas melibatkan agen virus korona.
  • Had maksimum Gaji RM6,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2025
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami semasa menghadiri janji temu kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi/balik) dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G 1974

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perkeliling Perbendaharaan Malaysia atau Sila ikuti Saluran WhatsApp Skim Ex Gratia untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai skim ini.

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Kewangan
Telipon

TELEFON

03-8882-4394

03-8882-4655
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda