Amalan Hijau (EV)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/10/2025

  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pemasangan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lokasi tumpuan seperti kawasan rehat dan rawat (R&R), kompleks komersial serta bangunan kerajaan bagi menggalakkan dan menyokong amalan hijau dalam kalangan rakyat. Inisiatif ini juga sejajar dengan matlamat negara di bawah Pelan Induk Peralihan Tenaga (NETR) untuk memperluas infrastruktur tenaga bersih dan mobiliti hijau. TNB menyokong sasaran kerajaan mencapai 10,000 pengecas EV menjelang tahun 2025 dengan memastikan rangkaian elektrik negara bersedia menampung permintaan pengecasan yang meningkat. Selain menyediakan kemudahan di lokasi strategik, TNB turut bekerjasama dengan penggiat industri melalui Zero Emission Vehicle Association (ZEVA) bagi memperkukuh dasar serta ekosistem mesra EV di Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Tenaga Nasional Berhad

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Telipon

TELEFON

+603-2296-5566

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda