Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/10/2025

  • Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) ditubuhkan khusus untuk menjaga kebajikan bekas atlet negara. Antara fokus utama YAKEB ialah menyalurkan dana bantuan perubatan dan peralatan sokongan kesihatan kepada bekas atlet yang memerlukan, khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kesukaran selepas menamatkan kerjaya dalam arena sukan.

Jenis Bantuan

Butiran

Nilai (RM)

Khairat Kematian Ahli
  • Bekas Atlet Negara / Ahli YAKEB Meninggal Dunia.
  • Waris (Penama) Menerima Sumbangan.

3,000.00

Khairat Kematian Suami / Isteri Ahli
  • Suami / Isteri Bekas Atlet Negara Meninggal Dunia.
  • Bekas Atlet Negara Menerima Sumbangan

500.00

Rawatan Perubatan Penyakit Kritikal (Inpatient)
  • Had Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Dalam Bekas Atlet Negara Untuk Setiap Tahun
  • Hospital Awam Diutamakan.

20,000.00

Rawatan Perubatan Penyakit Bukan Kritikal (Inpatient)
  • Had Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Dalam Bekas Atlet Negara Untuk Setiap Tahun.
  • Hospital Awam Diutamakan.

10,000.00

Rawatan Perubatan Hospital Ahli (Outpatient)
  • Had Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Luar Bekas Atlet Negara Untuk Setiap Tahun.
  • Rawatan Perlu Dibuat Di Hospital.
  • Hospital Awam Diutamakan.

2,500.00

Bantuan Alat Sokongan Perubatan
  • Contoh: Kerusi Roda, Tongkat dan sebagainya

20,000.00

Bencana Alam
  • Contoh: Banjir, Kebakaran dan sebagainya

500.00

Melangsungkan Perkahwinan
  • Perkahwinan Pertama Sahaja

250.00

Bantuan Kewangan Ahli
  • Bekas Atlet Negara Yang Tidak Bekerja / Tidak Mempunyai Pendapatan.
  • Bantuan Disalurkan Selama 6 Bulan.

300.00

Bantuan Melanjutkan Pelajaran (Sijil)
  • Bekas Atlet Negara Yang Tidak Mendapat Mana-mana Bantuan.

500.00

Bantuan Melanjutkan Pelajaran (Diploma) 

1,000.00

Bantuan Melanjutkan Pelajaran (Ijazah) 

1,500.00

Nota: Semua Bantuan Yang DiTawarkan Adalah Tertakluk Kepada Terma dan Syarat

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Kementerian Belia & Sukan
Telipon

TELEFON

03-2092-4841

03-2092-4844
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda