Geran padanan bagi program pertandingan sukan sahaja termasuk persatuan/ NGO yang tidak mampu menampung perbelanjaan sendiri untuk mengadakan pertandingan
Program bagi mengukuhkan perpaduan komuniti bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan melalui pendidikan dan amalan gaya hidup aktif
Program sokongan pemulihan pembelajaran dan outreach murid cicir dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah bagi menangani isu keciciran pembelajaran
Science on Wheels sebagai pusat sains mini bergerak bagi memperluaskan jangkauan dan capaian program STEM ke kawasan luar bandar, pendalaman dan terpencil
Renjer komuniti melalui Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3)
Pertambahan renjer komuniti kepada 2,500 orang mengutamakan komuniti orang asli, veteran tentera & polis bertujuan memelihara hidupan liar & alam sekitar