Program Rezeki Ternakan Ruminan Tahun 2026
Terakhir dikemas kini pada
07/08/2026
- Program Rezeki Ternakan Ruminan Tahun 2026 sebuah insentif yang bertujuan membantu penternak kecil mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan serta meningkatkan pendapatan kasar.
- Skop bantuan merangkumi:
- Bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri dan kambing tenusu) secara geran penuh.
- Bantuan input penternakan.
- Bantuan peralatan.
- Bantuan pembaikan kandang/reban secara one-off, tertakluk kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan.
Pemohon hendaklah:
- Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
- Penternak kecil atau dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya:
- 4 ekor induk lembu/kerbau pedaging; atau
- 7 ekor induk kambing pedaging/bebiri/kambing tenusu.
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
- Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun.
- Mempunyai kawasan penternakan yang sah dan kemudahan yang sesuai.
- Mempunyai surat pemilikan tanah, surat kebenaran menternak atau surat perjanjian yang sah.
- Mempunyai keluasan kawasan yang mencukupi serta sumber makanan ternakan.
- Berupaya melaksanakan dan mengurus projek.
- Bersetuju dipantau oleh DVS sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
- Terlibat dengan program kesihatan ternakan DVS Negeri.
- Bersedia menandatangani perjanjian bersama Kerajaan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda