Skim Perubatan MADANI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 18/09/2026

  • Skim Perubatan MADANI merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu golongan B40 mendapatkan Penjagaan Kesihatan Primer Akut bagi rawatan sakit-sakit ringan.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim ini.
  • Skim ini melibatkan kerjasama sektor awam dan swasta bagi memudahkan akses kepada rawatan sakit-sakit ringan serta mengurangkan beban kos rawatan golongan berpendapatan rendah.
  • Rawatan sakit-sakit ringan merangkumi:

i. Demam dan Selsema

ii. Cirit Birit dan Muntah

iii. Terseliuh

iv. Sakit Kepala

v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Nota: Rawatan yang tidak termasuk adalah:

  • Imunisasi Rutin  
  • Saringan Kesihatan;
  • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin;
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin;
  • Perancangan Keluarga Rutin;
  • Perkhidmatan Rehabilitasi;
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan
  • Permintaan Suplemen

 

  • Had manfaat:

Kategori

Jumlah Kelayakan

Isi Rumah Berkeluarga

Nota: Senarai isi rumah yang berdaftar dengan LHDN

RM250

Warga Emas (tanpa pasangan)

Nota: Berumur 60 tahun ke atas

RM125

Bujang 

Nota: 

i. Bujang berumur antara 21 - 59 tahun

ii. Bujang OKU berumur antara 19 - 59 tahun

RM75

Nota: Had manfaat ini akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2023. Setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan atau individu bujang boleh menerima rawatan lengkap mengikut had setiap lawatan sehingga menggunakan sepenuhnya jumlah kumulatif seperti yang dinyatakan. Had peruntukan manfaat ini mungkin boleh berubah pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada polisi atau program Kerajaan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.

 

  • Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut: 

    Jenis Rawatan 

    Had (RM) 

    • Jumlah had konsultasi & ubat-ubatan; atau 
    • Had konsultasi  
    • RM70

    • RM35

    • Had ujian 
    • RM50

    • Had prosedur rawatan
    • RM50

    Had maksimum setiap lawatan yang dibayar oleh Kerajaan
    • RM170

Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ProtectHealth 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Telipon

TELEFON

+603-8687-2525

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda