Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/09/2026

  • ​Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu yang berpendapatan tidak tetap, bekerja sendiri, pekerja gig dan mereka yang mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji dan mempunyai keupayaan untuk membayar pinjaman
  • Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA/ MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman/ Pembiayaan bertempoh sahaja

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi:

    i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan 

    ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA* / MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Telipon

TELEFON

​03-2096-5000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibelSkim ini menyasarkan golongan seperti: i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gajiPERKARA  PENERANGAN  Tujuan Pembiayaan  Pembelian rumah pertamaHad Pembiayaan  Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT* / LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)  Jenis Pembiayaan  Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -iTempoh Pembiayaan  Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  Jaminan Pembiayaan Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, *MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  Kadar Faedah / Keuntungan  Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful**LTHO: Long Term House owner's Takaful  Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau rujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)