Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 17/09/2026

  • Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan program jualan murah sepanjang tahun yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Belanjawan 2026, bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta merancakkan ekonomi sektor peruncitan setempat.
  • Melalui program ini, pengguna dapat menikmati penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
  • Pelaksanaan program di 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara dengan kekerapan minimum dua (2) kali sebulan;
  • Penumpuan program kepada kawasan penempatan B40 bagi pelaksanaan PJRM Bergerak, Dalam Premis dan Luar Premis (Premium); dan
  • Penjualan barangan keperluan harian terpilih yang menjadi keutamaan masyarakat setempat.
  • Terdapat tiga (3) model pelaksanaan PJRM, antaranya:

    Model Pelaksanaan Di Dalam Premis
    • Dilaksanakan di dalam premis atau pasaraya.
    Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis
    • Dilaksanakan berdekatan dengan kawasan perumahan seperti di dewan / tapak luar / padang dengan melibatkan pemasangan khemah.
    Model Pelaksanaan Secara Bergerak
    • Dilaksanakan di kawasan perumahan dan luar bandar yang kebiasaannya tidak mempunyai kemudahan atau premis peruncitan yang baik.
    • Melibatkan lori / trak / kenderaan yang sesuai membawa barangan keperluan harian ke kawasan berkenaan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta rujuk Takwim Program Jualan RAHMAH MADANI

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Telipon

TELEFON

03-8882-6323 / 6971 / 5790 / 6185 / 6487 / 5769

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda