Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Terakhir dikemas kini pada
17/09/2026
- Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan rumah mampu milik kepada penjawat awam di seluruh negara. Program ini bertujuan membantu penjawat awam memiliki kediaman yang selesa, berkualiti dan strategik pada harga lebih rendah daripada pasaran.
- Pelaksanaan PPAM menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan penjawat awam melalui penyediaan perumahan yang kondusif dan berdaya huni, seiring dengan agenda Kerajaan MADANI untuk menjamin kualiti hidup yang seimbang dan mampan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Penjawat Awam:
- Lantikan Tetap / Kontrak
- Telah Bersara dan Memiliki Kad Pesara
Permohonan terbuka kepada:
i. Kerajaan Persekutuan dan Negeri
ii. Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan
iii. Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri
Nota:
i. Pemohon boleh memohon lebih dari satu projek
ii. Semua unit rumah PPAM bersubsidi akan dikenakan moratorium 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli (PJB)
- Sila rujuk langkah-langkah panduan permohonan di bawah:

Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
iii. Salinan slip gaji terkini
iv. Salinan kad pesara (bagi pesara)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda