- Skim mySalam merupakan sebuah skim perlindungan takaful percuma daripada kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada mereka yang layak.
- Semakan kelayakan bagi tahun 2026 kini telah dibuka dan tuntutan boleh dibuat melalui portal rasmi Skim mySalam.
- Bagi penerima yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Panel Skim mySalam atau didiagnos dengan salah satu daripada 50 penyakit kritikal yang disenaraikan, bermula 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026, anda boleh menghantar tuntutan anda melalui portal Skim mySalam sekarang.
- Sila pastikan semua dokumen tuntutan serta maklumat akaun bank adalah lengkap dan tepat.
- Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
| Manfaat Penyakit Kritikal | - Perlindungan berjumlah RM8,000 akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan penyakit kritikal. Diagnosis bagi penyakit kritikal mestilah diperakui oleh doktor daripada hospital panel dimana rawatan diterima.
|
| Manfaat Hospitalisasi | - Manfaat berjumlah RM50 sehari, maksimum 14 hari setiap tahun atau RM700 setahun, akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital panel.
- Kemasukan ke wad mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh discaj adalah tidak sama dan mestilah selepas daripada tarikh masuk wad.
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam
- Kelayakan mySalam bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 adalah berdasarkan penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemas kini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di bawah:

Nota: *Kriteria umur kelayakan Skim mySalam dikira berdasarkan umur individu pada 1 Januari tahun berkenaan. Individu layak menerima perlindungan Skim mySalam sekiranya telah mencapai umur 18 atau 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 66 tahun.
- Skim mySalam terkini melindungi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tertakluk kepada kriteria kelayakan skim.
- Setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi.
- Skim mySalam juga telah dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi bermula 2024 hingga 2025, berikutan sambutan positif terhadap perlindungan ini. Selaras dengan sambutan yang memberangsangkan, Kerajaan Malaysia sekali lagi telah bersetuju untuk meneruskan skim ini sehingga 2026.
- Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tempoh penyerahan tuntutan:
Tahun | 2024 | 2025 | 2026 |
| Tempoh Kelayakan | 1 Januari 2024 - 31 Disember 2024 | 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025 | 1 Januari 2026 - 31 Disember 2026 |
| Tempoh Penyerahan Tuntutan | 1 Januari 2024 - 30 Jun 2025 | 1 Januari 2025 - 30 Jun 2026 | 1 Januari 2026 - 30 Jun 2027 |
i. Encik A adalah penerima Skim mySalam bagi tahun 2026. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2026. Beliau layak untuk menuntut Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM8,000 atau Manfaat Hospitalisasi sehingga RM700 bagi tahun 2026. ii. Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada Skim mySalam sebelum 30 Jun 2027. Nota: Sebarang tuntutan bagi kelayakan tahun 2026 yang diterima selepas 30 Jun 2027 tidak akan diterima atau diproses. |
Nota:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang yang berumur antara 21 hingga 65 tahun adalah layak untuk menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh Skim mySalam.
ii. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda yang bujang masih belum membuat permohonan bagi STR, kami menggalakkan anda untuk mendaftar sebagai penerima STR di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat, bagi menikmati manfaat yang ditawarkan oleh Skim mySalam.
- Sila rujuk cara-cara untuk membuat tuntutan di bawah:
| Tuntutan Penyakit Kritikal | - Langkah 1: Sila layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal.
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'.
- Langkah 4: Log masuk ke website mySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan. i. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) ii. Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor - Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
| Dokumen wajib yang diperlukan: i. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang). ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI: - Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
- Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
- Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.
- Butiran penyakit yang berkaitan.
|
| Tuntutan Hospitalisasi | - Langkah 1: Layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan. i. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) ii. Salinan nota discaj - Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
*Semua lampiran yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG. | Dokumen wajib yang diperlukan: i. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) ii. Surat discaj yang mengandungi maklumat berikut: - Nama Penuh Pesakit / Orang Yang Dilindungi.
- Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang Yang Dilindungi.
- Tarikh Kemasukan Wad dan Tarikh Keluar Wad.
- Diagnosis.
- Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh dokter yang merawat beserta tandatangan
|
Nota: Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan tuntutan penyakit kritikal adalah sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima lampiran tuntutan yang lengkap. Sekiranya lampiran atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa yang lebih lama atau sehingga lampiran yang diperlukan telah lengkap.
- Pembayaran bagi tuntutan mySalam akan dibayar ke akaun bank penerima mySalam sahaja. Arahan pembayaran kepada akaun bank milik pihak ketiga akan ditolak oleh pihak bank. Sebagai contoh:
| Encik Abu telah mengemas kini nombor akaun pasangannya, Puan Murni, semasa membuat tuntutan kepada mySalam. Tuntutan mySalam Encik Abu yang telah diluluskan tidak akan dibayar ke akaun Puan Murni. Pembayaran hanya boleh dibayar ke akaun Encik Abu sahaja. |
- Anda perlu log masuk ke portal mySalam untuk memuat turun borang tersebut. Terdapat dua belas (12) jenis borang yang berbeza antaranya:
Penyakit Kritikal Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal. | |
- CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung
|
- CI-03: Otak, Saraf dan Otot
|
- CI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan
|
- CI-05: Keadaan Berkaitan Hati
|
- CI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang
|
- CI-07: Keadaan Berkaitan HIV
|
- CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal
|
|
- CI-10: Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung
|
|
- CI-12: Penyakit Jarang Jumpa
|
Hospitalisasi Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web my Salam untuk maksimum 14 hari setahun. Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini | |
- Perunding-perunding mySalam bersedia untuk menjawab pertanyaan dan membantu anda untuk mengemukakan tuntutan. Mereka kini berada di kios di hospital-hospital panel mySalam di seluruh Malaysia. Sila rujuk senarai hospital panel di laman rasmi mySalam