Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Terakhir dikemas kini pada
17/09/2026
- Salah satu program yang dikenal pasti dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara ialah pewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT).
- PAWE merupakan perkhidmatan berbentuk pendampingan sosial dan pembangunan warga emas melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
- PAWE disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang sihat dan mampu menguruskan diri. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan potensi warga emas serta menggalakkan mereka menyumbang khidmat bakti dan kepakaran kepada komuniti setempat.
Kumpulan sasar PAWE merangkumi dua kategori iaitu:
i. Secara langsung: warga emas yang sihat tubuh badan dan boleh berdikari;
ii. Secara tidak langsung: ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan dan sebagainya
Konsep penubuhan dan pengoperasian PAWE adalah berteraskan kepada beberapa elemen iaitu:
i. Komuniti Setempat
ii. Intergenerasi
iii. Interaktif
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Portal e-Warga Emas
- Warga emas yang berminat untuk menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) berhampiran tempat tinggal mereka
- Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas
- Sila rujuk Portal e-Warga Emas bagi senarai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) mengikut negeri.
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda