Program MyLesen
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 15/04/2026

  • Inisiatif bagi mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal). 
  • Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen. 
Matlamat program
  • Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan
  • Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya
  • Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) & Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda