Program Subsidi Ujian Mamogram
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/09/2026

  • Program Subsidi Ujian Mamogram dilaksanakan oleh KPWKM melalui LPPKN bagi menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Program ini terbuka kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 40 hingga 70 tahun serta wanita berumur 35 hingga 39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga kanser payudara sebelum umur 40 tahun, tertakluk kepada rujukan doktor.
  • Saringan mamogram percuma diberikan kepada wanita berisiko tinggi dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah, manakala subsidi RM50 diberikan bagi setiap ujian kepada wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM10,000. Saringan dilaksanakan melalui Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN.
     
  • Proses pemeriksaan Mamogram:

Langkah 1

Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 20 minit

Langkah 2

Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin

Langkah 3

Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan

Langkah 4

Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap yang sangat rendah
  • Kriteria wanita berisiko tinggi dan kekerapan pemeriksaan mamogram:
KriteriaKekerapan Ujian Mamogram

Kriteria A
Sekurang-kurangnya mempunyai salah satu (1) faktor berikut:

  • Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara - ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan menghidap kanser payudara;
  • Pembawa mutasi genetik BRCA 1 dan BRCA 2;
  • Pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara; atau
Perlu menjalani saringan mamogram pada SETIAP TAHUN

Kriteria B
Sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) faktor berikut:

  • Tidak pernah melahirkan anak atau anak pertama selepas usia 30 tahun;
  • Haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun;
  • Menopaus pada usia lebih 55 tahun;
  • Menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT);
  • Obes iaitu Body Mass Index (BMI) ≥ 27.5
Perlu menjalani saringan mamogram pada SETIAP DUA (2) TAHUN
  • Sila lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) seperti berikut:

    i. Pengesanan awal boleh dilakukan dengan sentiasa peka tentang perubahan pada payudara

    ii. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan dengan 3 langkah mudah nmenjaga kesihatan payudara iaitu LIHAT, RASA dan RESPON

 

Peringatan: Dapatkan nasihat doktor segera sekiranya terdapat tanda-tanda kelainan. Wanita boleh hadir ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN untuk menjalani pemeriksaan klinikal payudara dan juga dapatkan surat rujukan bagi menjalani ujian mamogram di pusat

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi eMAMOGRAM 2.0 atau rujuk risalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Telipon

TELEFON

+603-2613-7555

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda