i-Saraan Plus
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 15/04/2026

  • i-Saraan Plus merupakan inisiatif caruman sukarela KWSP, khusus untuk pemandu e‑hailing dan p‑hailing. Program ini membolehkan ahli menikmati insentif khas daripada Kerajaan demi jaminan persaraan, tertakluk kepada syarat-syarat yang
    ditetapkan.
  • Faedah Caruman i-Saraan Plus:

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Had Caruman:

i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran

Nota: Pemandu e-hailing dan/ atau p‑hailing yang telah berdaftar untuk i‑Saraan tidak perlu mendaftar semula.
 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Telipon

TELEFON

+603-8922-6000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda