Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Terakhir dikemas kini pada
17/09/2026
- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2026 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40.
- IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
- ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
- Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:
Kriteria | Sasaran Penggerak |
| INSAN | - Inisiatif ini akan dilaksana dengan menyediakan bantuan berbentuk mesin layan diri (vending machine) untuk disewa dengan kadar bersubsidi oleh kumpulan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjalankan perniagaan makanan yang sedia untuk dimakan (ready to eat).
- Harga makanan yang dijual adalah mampu milik (maksimum sehingga RM 5 sahaja)
- Kriteria Pemilihan Peserta:
- Peserta daripada golongan B40, miskin dan miskin tegar.
- Peserta mestilah berupaya dan berpengalaman menjalankan perniagaan makanan.
- Menerima suntikan tifoid
- Mengikuti kursus dan mempunyai sijil pengendali makanan
- Contoh makanan:
- Nasi lemak
- Sandwich
- Masakan barat
- Air mineral
- Makanan bermasak lain
- Buah-buahan
- Manfaat IPR INSAN
- Meningkatkan pendapatan secara mampan
- Kerajaan akan menanggung kos sewaan dan kos yang berkaitan mesin layan diri selama 24 bulan
- Lokasi penempatan yang strategik diuruskan
- Mengurangkan kos sara hidup melalui pembelian makanan yang lebih murah
- Sokongan Kursus, Latihan dan Pemasaran
- Kerajaan menanggung kos:
- Sewaan Mesin Layan Diri
- Sewaan Tapak/ Lokasi Penempatan
- Kos Penyelenggaraan
- Kos Pemasangan
- Peserta hanya menanggung kos:
- Kos Penyediaan Makanan
- Kos Penghantaran Makanan
- Caj Payment Gateway bagi transaksi e-wallet
- Lokasi penempatan:
- Premis Kerajaan
- Universiti Awam
- Hospital
- Premis Kerajaan Negeri
- Stesen LRT & MRT
- Klinik Kesihatan
- Lokasi berpotensi lain
|
| INTAN | - Program IPR INTAN memfokuskan projek tanaman dan ternakan secara berkelompok sekurang- kurangnya melibatkan 5 peserta di tanah berkeluasan sekurang- kurangnya 10 ekar.
- Tanaman/ternakan yang disyorkan adalah yang boleh memberikan hasil dalam tempoh 18 bulan dan menyumbang kepada rantaian nilai agro industri makanan tempatan.
- Contoh tanaman:
- Sayur-sayuran berdaun
- Cili
- Serai
- Nenas
- Akuakultur
- Manfaat IPR INTAN
- Pengupayaan golongan B40, miskin dan miskin tegar meningkatkan potensi pendapatan melalui aktiviti pertanian
- Rakan strategik projek memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam pelaksanaan projek pertanian
- Jaminan belian termasuk harga lantai pembelian antara peserta-rakan strategik-pembelin
- Kerajaan menanggung kos:
- Penyediaan Tapak Projek
- Infrastruktur asas (Termasuk IoT)
- Benih Tanaman
- Kos Operasi bagi Pusingan Pertama
- Bimbingan & Latihan
- Jaminan Belian/Pemasaran
- Fokus tanaman:
- Pilihan tanaman kepada kadar SSR yang rendah dan IDR yang tinggi serta mempunyai potensi eksport.
- SSR = Kadar Sara Diri
- IDR = Kadar kebergantungan import
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
| INSAN | - Semua permohonan yang diterima akan disemak silang dengan agensi terlibat bagi menentukan kelayakan pemohon adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu mendaftar (login) di portal sebelum mengemukakan permohonan.
- Pemohon perlu memastikan maklumat serta dokumen sokongan yang diisi dan dimuat naik di dalam portal ini adalah TEPAT DAN BENAR.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan yang lengkap berjaya dihantar. Proses pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada semakan kelayakan di peringkat Kementerian ini.
- Hanya Pemohon yang layak akan dihubungi oleh wakil Kementerian ini untuk urusan temu duga, sesi latihan, penempatan dan pengoperasian mesin layan diri sekiranya terdapat kekosongan di kawasan berhampiran alamat tempat tinggal pemohon atau alamat yang didaftarkan.
- Keutamaan pemilihan sebagai peserta IPR-INSAN adalah bagi individu berkelayakan yang boleh mencadangkan lokasi penempatan sesuai dan mendapat persetujuan awal daripada pemilik lokasi/premis berkenaan.
|
| INTAN | - Semua permohonan yang diterima akan disemak silang dengan agensi terlibat bagi menentukan kelayakan pemohon adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu mendaftar (login) di portal sebelum mengemukakan permohonan.
- Pemohon perlu memastikan maklumat serta dokumen sokongan yang diisi dan dimuat naik di dalam portal ini adalah TEPAT DAN BENAR.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan yang lengkap berjaya dihantar. Proses pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada semakan kelayakan di peringkat Kementerian ini.
- Hanya Pemohon yang layak akan dihubungi oleh wakil Kementerian ini untuk urusan temu duga, dan penempatan sekiranya terdapat kekosongan di kawasan berhampiran alamat tempat tinggal pemohon atau alamat yang didaftarkan.
|
Penafian:
i. Kementerian Ekonomi berdasarkan budi bicara dan hak mutlak, berhak untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menarik balik mana-mana atau semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
ii. Pemohon dengan ini bersetuju untuk mengakui dan mengesahkan bahawa telah membaca, memahami dan bersetuju untuk akur, terikat dengan semua terma berserta butiran terperinci sebelum mengemukakan permohonan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda