Terakhir dikemas kini pada 14/04/2026
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2026. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
v. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan / Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian); dan
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota:
i. Pendapatan merujuk kepada pendapatan dari hasil sewaan, pencen, zakat, sumbangan keluarga, PERKESO, sumbangan dan lain-lain sumber.
ii. Umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
iii. Bagi penerima BTB sedia ada yang berumur 60 tahun dan ke atas (kes yang didaftarkan tahun 2024 dan sebelumnya), DIKECUALIKAN mematuhi syarat umur yang ditetapkan dalam garis panduan ini.