Terakhir dikemas kini pada 28/04/2026
Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2026 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara kredit ke dalam akaun murid atau tunai
Bantuan Awal Persekolahan akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:
11 Januari 2026 (Sesi Persekolahan 2026) | Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 |
i. Sekolah Kerajaan (SK) ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK) iii. Sekolah swasta iv. Sekolah agama v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) vi. Sekolah integriti (SI) vii. Sekolah Henry Gurney (SHG) viii. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ix. Maktab Tentera Diraja (MTD) |
BAP disalurkan oleh KPM secara berperingkat seperti yang berikut:
Sekolah | Penyaluran |
| Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK Sekolah |
| Kolej PERMATA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian PERMATA |
| SABK yang tiada akaun KWK | Mulai bulan Januari tahun semasa ke BPI |
| Sekolah Agama dan Sekolah Swasta | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun sekolah / pemegang amanah (trustee) / syarikat bagi sekolah |
| Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK sekolah |
| Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian Kewangan, KDN |
| Maktab Rendah Sains MARA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke MARA tertakluk kepada pengesahan Kementerian Kewangan |
| Maktab Tentera Diraja | Mulai bulan Januari tahun semasa ke UGAT |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Syarat kelayakan:
|
Kaedah Agihan:
i. BAP hendaklah diagihkan secara serahan tunai kepada ibu bapa.
ii. Sekiranya ibu bapa tidak dapat hadir bagi menerima BAP, sekolah dibenarkan untuk menyerahkan BAP kepada wakil yang diberi kuasa secara bertulis oleh ibu bapa seperti berikut:
Individu yang diberi kuasa termasuk murid sendiri bagi sekolah menengah; atau
individu selain murid yang diberi kuasa bagi sekolah rendah.
Agihan secara pengkreditan ke dalam akaun bank murid hanya boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu sekiranya terdapat permohonan daripada ibu bapa dan hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS)