Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Terakhir dikemas kini pada
17/09/2026
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) ialah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim atau tidak mempunyai saudara-mara untuk terus tinggal bersama keluarga pelihara, serta meringankan beban keluarga pelihara dan menggalakkan masyarakat mengambil kanak-kanak sebagai anak pelihara.
- Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan pada minimum RM250 sebulan bagi setiap orang kanak-kanak. Jumlah maksimum bantuan ialah RM500 sebulan bagi sebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak seperti berikut: i. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun; ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; iii. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] atau Ordinan Pengangkatan Sabah 1960 atau Native Adoption Regulations 1961 atau Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91] atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan; Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut: i. Kanak-kanak yang diambil dari "Program Anak Pelihara" yang dikendalikan oleh JKM; atau ii. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau iii. Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan - Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.
|
- Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
i. Salinan MyKad pemohon; ii. Salinan MyKad / MyKid kanak-kanak warganegara (jika berkaitan); atau iii. Salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak di bawah Program Anak Pelihara JKM dan Perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak (jika berkaitan); atau iv. Surat tawaran Program Anak Pelihara / Perintah Mahkamah [Perintah mahkamah seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001] (jika berkaitan); v. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat); vi. Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan vii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu). |
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Borang Permohonan JKM 18
ii. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda