Program 2 Years Empowerment (2YEP)
Terakhir dikemas kini pada
18/09/2026
- 2 Years Exit Programme (2YEP) ialah inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah konsep Kebajikan Produktif bagi memperkasa penerima bantuan yang produktif melalui latihan, bimbingan dan sokongan penjanaan pendapatan supaya dapat berdikari serta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun.
- Kadar bantuan program 2YEP ditetapkan pada maksimum RM5,000 sebulan bagi setiap orang
Konsep program 2YEP mempunyai elemen-elemen seperti berikut:
i. Latihan kepada peserta;
ii. Bimbingan dan pemantauan peserta; dan
iii. Pemberian bantuan modal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda