BUDI MADANI - BUDI MySubsidi Diesel
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 25/09/2025

  • Program BUDI MySubsidi Diesel atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bagi menyalurkan subsidi diesel secara bersasar kepada pemilik kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak. 
  • Melalui platform MySubsidi Diesel, permohonan boleh dibuat secara dalam talian untuk memastikan hanya kenderaan yang didaftarkan dan diluluskan mendapat manfaat subsidi. 
  • Pelaksanaan ini bertujuan meningkatkan ketelusan, mengurangkan ketirisan, serta menjamin kebajikan golongan sasaran yang bergantung kepada penggunaan diesel dalam operasi harian mereka.
  • Antara syarikat minyak yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah seperti berikut:

Syarikat Minyak

Nombor Telefon

BHP

03-77199499

Caltex

1-800-88-3168

FIVE

03-23911555

Petron

1-800-88-8298

Petronas

1-300-88-8282

Shell

1-300-22-8181

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BUDI MADANI MYSUBSIDI

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Telipon

TELEFON

03-8084-4566

03-8882-5893
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda