MySMELady 2.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/07/2025

  • MySMELady 2.0 merupakan sebuah pembiayaan oleh SME Bank di bawah Belanjawan 2025. Pembiayaan ini khas untuk usahawan wanita bagi pembelian aset dan/atau keperluan modal kerja bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.
  • MySMELady 2.0 dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap. Sebarang perubahan ke atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) tidak akan menjejaskan kadar keuntungan tetap yang telah dipersetujui.

Perkara

Butiran

Tujuan
  • Pemerolehan aset (Mesin/peralatan)
  • Modal kerja
Fasiliti Pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB) 
  • Kredit Pusingan-i (RC-i) 
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
Had Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
kadar keuntungan
  • 5.0% setahun
Margin Pembiayaan
  • Pemerolehan Aset: 
    • Sehingga 80% (Baru) 
    • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharu/ Penyesuaian semula). 
  • Modal Kerja: 
    • Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank. 

     

    Nota: Sekiranya memerlukan Jaminan Pembiayaan, hanya boleh diperolehi melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) sahaja.

Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

SME Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda