Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Terakhir dikemas kini pada
23/09/2025
- Program TVET-Tahfiz merupakan program penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dalam melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan graduan juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan tanpa mengabaikan hafazan al-Quran. Program TVET-Tahfiz menawarkan program diploma TVET dalam pelbagai bidang dan aktiviti hafazan secara serentak di 4 buah KKTM dan IKM yang terpilih.
- Kemasukan pelajar TANPA SPM WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana seperti berikut:
i. IKM Jasin, Melaka: - Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Automotif Komersial sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Muhammad Azlin Bin Ithnain di talian 017-263-9154
ii. IKM Besut, Terengganu: - Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Nor Hesham Bin Mat Jusoh di talian 016-430-6825
iii. IKM Lumut, Perak: - Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kompetensi Kimpalan sila rujuk laman rasmi TVET MARA atau hubungi Ustaz Mohammad Faris Zufairy Bin Mazlan di talian 013-783-6413
|
- Kemasukan pelajar DENGAN SPM TIDAK WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana
i. KKTM Ledang, Johor: - Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
- Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
- Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
- Untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
- Untuk maklumat lanjut mengenai ProgramDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) sila rujuk laman rasmi TVET MARA
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA
Syarat Kelayakan:
i. Berumur 17 hingga 45 tahun
ii. Berminat dalam bidang teknikal
iii. Sihat tubuh badan
iv. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk (Syarat tambahan)
Nota: Keutamaan diberikan kepada pelajar pusat tahfiz yang tiada kelayakan SPM
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman rasmi TVET MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda