Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/10/2025

  • Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (CD) bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau dapat membeli barangan keperluan asas pada harga yang ditetapkan atau dikawal kerajaan. 
  • Dalam program ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos pengangkutan dan logistik supaya penduduk tidak terbeban dengan harga yang tinggi. Tujuh (7) barangan keperluan asas yang terlibat ialah: 

i. Beras putih 

ii. Gula Minyak masak 

iii. Tepung gandum (kategori Barang Perlu) 

iv. Gas Petroleum Cecair (LPG, tong gas memasak) 

v. Petrol RON95 

vi. Diesel 

  • Komponen Community Drumming pula menekankan kerjasama dengan masyarakat setempat melalui penentuan Point of Sale (PoS), pemantauan, promosi kesedaran serta sokongan pengedaran di lapangan. 
  • Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha kerajaan menangani isu kos sara hidup, menjamin keseimbangan bekalan dan harga di seluruh negara serta melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan yang sukar dicapai.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Telipon

TELEFON

1-800-886-800

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda