Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Terakhir dikemas kini pada
24/09/2025
- Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada warga emas, sama ada yang sihat atau kurang upaya, untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan dan swasta. Selain itu, perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk urusan sokongan sosial seperti ke pejabat pos, bank dan sebagainya.
- Buat masa ini, terdapat 9 buah kenderaan UPWE yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Warga emas yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) atau Rumah Sejahtera berdekatan.
- UPWE sangat penting terutamanya bagi warga emas yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai akses pengangkutan sendiri. Program ini membantu mengurangkan kesulitan mobiliti, di samping memastikan warga emas dapat menjalani rawatan secara berkala serta mengekalkan kesihatan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Portal e-Warga Emas atau layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri. Selepas itu, pihak JKM akan membuat penilaian serta mengatur pengangkutan dan rawatan yang diperlukan
- Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda