Program Subsidi Ujian Mamogram
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/09/2025

  • Program Subsidi Ujian Mamogram yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan akses wanita Malaysia terhadap pengesanan awal kanser payudara. 

  • Melalui program ini, wanita berumur 40 hingga 70 tahun serta mereka yang berisiko tinggi seawal umur 35 tahun boleh mendapatkan ujian mamogram di klinik panel dengan subsidi atau percuma bergantung kepada tahap pendapatan isi rumah.

  • Proses pemeriksaan Mamogram:

Langkah 1Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 20 minit
Langkah 2Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin
Langkah 3Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan
Langkah 4Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap yang sangat rendah
  • Kriteria wanita berisiko tinggi dan kekerapan pemeriksaan Mamogram:

    Kriteria

    Penjelasan

    Kriteria A (Sekurang-kurangnya mempunyai salah satu (1) faktor berikut)

     

    Peringatan: Jika memenuhi kriteria tersebut, anda disarankan menjalani saringan mamogram setiap tahun.

    Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara (contoh: Ibu, Kakak, Adik Perempuan atau Anak Perempuan) menghidap kanser payudara
    Pembawa mutasi genetik BRCA 1 dan BRCA 2
    Pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara

    Kriteria B (Sekurang-kurangnya mempunyai salah dua (2) faktor berikut)

     

    Peringatan: Jika memenuhi kriteria tersebut, anda disarankan menjalani saringan mamogram pada setiap dua (2) tahun

    Menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT)
    Tidak pernah melahirkan anak atau anak pertama selepas  usia 30 tahun
    Haid pertama pada usia kurang 12 tahun
    Monopaus pada usia lebih 55 tahun
    Obes iaitu Body Mass Index (BMI) ≥27.5
  • Sila lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) seperti berikut:

    i. Pengesanan awal boleh dilakukan dengan sentiasa peka tentang perubahan pada payudara

    ii. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan dengan 3 langkah mudah nmenjaga kesihatan payudara iaitu LIHAT, RASA dan RESPON

 

Peringatan: Dapatkan nasihat doktor segera sekiranya terdapat tanda-tanda kelainan. Wanita boleh hadir ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN untuk menjalani pemeriksaan klinikal payudara dan juga dapatkan surat rujukan bagi menjalani ujian mamogram di pusat

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi eMAMOGRAM 2.0 atau rujuk risalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Telipon

TELEFON

+603-2613-7555

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda