Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG KASIH)
Terakhir dikemas kini pada
03/09/2025
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG KASIH) ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau insiden semasa menjalankan tugasan berkaitan rumah tangga.
Skim ini memberi perlindungan sekiranya berlaku:
i. LINDUNG KASIH memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
ii. LINDUNG KASIH juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.
- Caruman:
i. Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. ii. Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya. |
- Faedah Perlindungan Bencana Domestik:
Faedah Perubatan | - Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.
|
Faedah Hilang Upaya Kekal | - Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
|
Elaun Layanan Sentiasa | - Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain.
- Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
|
Faedah Pengurusan Mayat | - Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
|
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis | - Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
- Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
|
Pencen Penakat | - Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans.
- Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
- Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.
|
- Faedah perlindungan keilatan:
Elaun Keuzuran | - Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menghidap keilatan dengan pengesyoran penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
- Suri rumah dianggap menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan, sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangga.
- Pemberian elaun ini akan berakhir setelah keilatan yang dialami suri rumah terhenti, mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
|
Elaun Layanan Sentiasa | - Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.
- Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia
|
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis | - Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
- Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
|
Faedah Pengurusan Mayat | - Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
|
Pencen Penakat | - Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans.
- Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
- Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau rujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG KASIH)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
ii. Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun / belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum LINDUNG KASIH
ii. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu (in advance)
Langkah 1 | Hilang Upaya Sementara (HUS) | | Hilang Upaya Kekal (HUK) | | Pencel Ilat | | Pencen Penakat | | Penyakit Khidmat | | Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) | Nota: Tuntutan faedah SPS hendaklah dihantar ke pejabat yang terdekat | Suri Rumah | | Faedah Pekerja Asing | |
|
Langkah 2 | Nota: Sila rujuk panduan mengisi Borang 34 |
Langkah 3 | - Kemukakan borang-borang serta dokumen sokongan di kaunter pejabat PERKESO yang berdekatan.
|
Peringatan: Buat masa ini sebarang permohonan faedah hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berdekatan untuk semakan dan juga pengesahan pegawai kami. Namun, PERKESO akan terus menambahbaik pengalaman pelanggan untuk memudahkan anda berurusan dengan kami. Berikut adalah proses permohonan faedah secara am.
- Sila rujuk panduan pengguna Portal (LINDUNG KASIH) melalui laman rasmi PERKESO
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Suri
i-Suri ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.Had caruman minimum RM1.00 (tertakluk kepada saluran pembayaran) adalah Had maksimum adalah sehingga RM100,000 setahun (Had maksimum terkumpul bagi caruman sukarela (caruman pilihan sendiri, caruman i-saraan, caruman i-suri dan caruman penambahan simpanan akaun persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun)Kaedah Pembayaran:Aplikasi Mudah AlihPembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-AkaunPerbankan InternetPembayaran secara elektronik melalui:Alliance BankBank IslamBank MuamalatBSNCIMB BankHong Leong BankKuwait Finance HouseMaybankMBSBPublic Bank RHB BankAmbankEjen Bank BerdaftarPembayaran secara elektronik tunai melalui bank Bank (EB) BSNKaunter Ejen BankPembayaran secara tunai / cek di kaunter Ejen Bank:BSNMaybankPublic BankRHB (Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja) Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2) Peringatan :Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakangPejabat KWSPPembayaran secara tunai (maksimum RM500) / cek / draf bank / wang pos boleh dibuat di kaunter peresitan Pejabat KWSP berikut:KWSP Shah AlamKWSP Kuala LumpurKWSP IpohKWSP Seberang JayaKWSP Alor StarKWSP KangarKWSP Johor BahruKWSP MuarKWSP MelakaKWSP SerembanKWSP KuantanKWSP Kuala TerengganuKWSP Kota BharuKWSP Kota KinabaluKWSP Kuching Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2) Peringatan :KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP. Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakangPasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) Pembayaran secara elektronik melalui Kad DebitAmaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar Nota : Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatanNota : Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
i-Saraan
i-Saraan adalah satu skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang membolehkan individu yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak Kerajaan FaedahPerkaraInsentif KhasMenerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasaHad insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaanPelepasan CukaiTertakluk kepada terma dan syarat LHDNDividen TahunanMenikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan andaBantuan KematianTertakluk kepada terma dan syarat KWSPUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi i-Saraan atau Risalah i-Saraan