Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/09/2025

  • Skim mySalam merupakan sebuah skim perlindungan takaful percuma daripada kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada mereka yang layak.
  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
Manfaat Penyakit Kritikal
  • Perlindungan berjumlah RM8,000 akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan penyakit kritikal. Diagnosis bagi penyakit kritikal mestilah diperakui oleh doktor daripada hospital panel dimana rawatan diterima.

 

Nota: Sekiranya penyakit kritikal disahkan di hospital swasta atau hospital selain daripada hospital panel, tetapi rawatan lanjut dibuat di mana-mana hospital panel mySalam, permohonan masih boleh dibuat dengan syarat borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor' dilengkapkan oleh doktor yang merawat dari hospital panel.

Manfaat Hospitalisasi
  • Manfaat berjumlah RM50 sehari, maksimum 14 hari setiap tahun atau RM700 setahun, akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital panel.
  • Kemasukan ke wad mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh discaj adalah tidak sama dan mestilah selepas daripada tarikh masuk wad.
Contoh 1
  • Cik A dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dan keluar wad pada hari yang sama. Bagi situasi ini, tiada elaun hospitalisasi yang akan dibayar.
Contoh 2
  • Cik B dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dan keluar pada 3 Januari 2024. Elaun hospitalisasi akan dibayar bagi 2 hari berjumlah RM100, bergantung kepada terma dan syarat mySalam.
Contoh 3
  • Cik C dimasukkan ke unit kecemasan pada 1 Januari 2024 sebelum dipindahkan ke wad pada hari berikutnya iaitu pada 2 Januari 2024 dan keluar pada 3 Januari 2024. Elaun hospitalisasi akan dibayar bagi 1 hari berjumlah RM 50 sahaja. Kemasukan ke unit kecemasan tidak dikira sebagai Pesakit Dalam.

Nota: Skim ini hanya merangkumi semua hospital Kerajaan Malaysia, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, seperti yang disenaraikan di portal mySalam

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Great Eastern Takaful
Telipon

TELEFON

1-300-88-8938

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda