Terakhir dikemas kini pada 23/09/2025
Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks.
Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang berkelayakan.
Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau rujuk risalah HPV DNA Program Saringan Kanser Serviks
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
ii. Berumur 30 hingga 65 tahun; dan
iii. Wanita dalam kalangan B40 dan M40